Archive for September, 2006

Friends vs Bestfriends

Tuesday, September 26th, 2006

Best Friends

Friend: calls your parents by Mr. and Mrs.
Best friend: calls your parents Dad and Mom.

Friend: has never seen you cry
Best friend: has always had the best shoulder to cry on

Friend: never asks for anything to eat or drink
Best friend: opens the fridge and makes herself at home

Friend: asks you to write down your number.
Best friend: they ask you for their number
(cuz! they can’t remember it)

Friend: borrows your stuff for a few days then gives it back.
Best friend: has a closet full of your stuff

Friend: only knows a few things about you
Best friend:
 could write a biography on your life story

Friend: will leave you behind if that is what the crowd is doing
Best friend: will always go with you


Friend: would delete this letter
Best friend: will send this back to me and all of their online buddies

Friends Forever!

Written with a pen

Sealed with a kiss

If you are my friend,

Please answer this:

Are we friends or are we not?

You told me once, but I forgot.

So tell me now and tell me true,

So I can say, I am here for you.

Of all the friends I’ve ever met,

You’re the ones I won’t forget.

And if I die before you do,

I’ll go to Heaven

And wait for you.

Cerita Beshhh…

Monday, September 25th, 2006

1001 cerita…..

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya ketika bersandar dibahunya. 3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya harus akui, bahawa saya mulai merasa letih…lelah, alasan-alasan saya mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal. Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian. "Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut. "Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan." Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak. Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. "Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. "Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?" Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya esok." Hati saya terus gundah mendengar responnya itu. Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan… ‘Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya. "Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut." "Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang." "Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah." "Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu." "Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami." "Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu." "Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu." "Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang." "Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti." "Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti." Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi. "Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia." Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaan saya. Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini. cuba kita ambil ikhtibar dari cerita ini..

7 sebab CINTA tak dihargai…

Monday, September 25th, 2006


1) TIDAK TAHU APAKAH MAKNANYA CINTA..
Ada juga yg ingin bercinta tetapi tdk tahu apakah maknanya sebuah percintaan.. Selidiki dahulu adakah kamu benar2 memahami konsep cinta atau pun kamu perlu mempelajari makna disebalik cinta dahulu..

2) TIDAK TAHU MENGHARGAI NILAI SEBUAH CINTA..
Bukan semua org yg tahu menghargai nilai sebuah cinta.. Cinta sering dianggap sebagai bahan kajian sama ada kita blh melaluinya atau pun tdk.. Jangan memperlekehkan perasaan cinta, kelak ia akan membakar diri sendiri…

3) HANYA SEKADAR SUKA-SUKA..
Suka2 utk bercinta sering terjadi pada individu yg suka bertukar2 pasangan.. Jika suka, kamu akan mendekati dirinya.. Bila sdh jemu, mulalah timbul perasaan benci lalu kamu menjauhi dirinya.. Mengapa? Tanya pada hati!…

4) TERPENGARUH..
Terpengaruh dgn janji2 manis si dia dan begitu mudah menyerahkan cinta bukanlah satu perkara yg blh dianggap lewa.. Hanya kerana terpengaruh, kamu menyerahkan cinta pda si dia tanpa terfikir, adakah benar kamu menyintai dirinya…

5) TEMAN KESUNYIAN…
Sering kali seseorg individu yg kesunyian setelah putus cinta akan lekas mencari pengganti.. Sukar utk hdp sendiri, bosan dan sentiasa mahukan teman membuatkan seseorg mudah meraih cinta.. Cinta seperti ini bkn mdh utk bertahan lama kerana tdk mengenali si dia dlm jangka masa lama dan terus mengikat janji.. Kesudahannya.. kamu juga yg menyesal kerana tersalah pilih..

6) SAINGAN ORANG LAIN…
Semata2 mahu menyaingi org lain terutamanya teman2 rapat, kamu ingin sekali mencari kekasih.. Bila sdh ada kekasih, blhlah menunjuk2 saham kamu juga laku.. Adalah ‘point’ kamu utk berkata, "Hei! Aku dah ada makwe/pakwe tau!", pada teman2…

7) BERPURA-PURA..
Berpura2 menyayangi si dia atas dasar simpati, tekanan dri keluarga atau pun ingin mempergunakan si dia utk kepentingan kamu.. Contohnya, kamu mendampingi si dia kerana wang dan paras rupanya yg kacak/jelita atau pun keluarga yg ingin menyatukan kamu dgn dirinya membuatkan kamu terpaksa berpura2 menerima si dia… HIPOKRIT!!…
_________________
"Pertemuan itu satu kebetulan..
Perpisahan adalah satu kepastian.."

Tanda-Tanda Awal Anda Jatuh Cinta

Monday, September 25th, 2006

1. Anda ada ramai kawan tapi dalam banyak-banyak tu anda asyik ingat si dia seorang. Dia sihat ke tidak..dia dah makan ke belum..dia ingat dengan anda ke tidak.

2. Anda jadi resah gelisah kalau tidak dapat dengar suara dia, anda jadi malap, kelabu asap, tapi bila dengar suara dia anda automatik segar bugar, perut lapar terus kenyang.

3. Anda cemburu bila dia bercerita tentang kecantikan / kehenseman perempuan / lelaki yang dia kenal. Kekadang anda rasa anda sedih dengan dia sebab asyik cerita pasal orang lain yang lebih hebat dari anda.

4. Anda dapat jumpa dia sekali dalam sebulan jadi bila dapat jumpa dia anda rasa macam dunia ni anda yang punya. Balik rumah wajah dia asyik terbayang di mata anda tapi anda pun hairan kenapa anda mesti ada perasaan macam tu terhadap dia.

5. Surat, kad raya, tiket bas, sampah atau apa saja pemberian darinya, anda simpan sampai penuh dalam almari rumah anda. Kalau ada lipas gigit salah satu barang pemberian darinya pasti mampus lipas tu anda gigit balik.

6. Kadang kala anda sengaja buat perangai nak bagi dia cemburu dengan anda tapi dia sikit pun tidak memberi respon sebaliknya anda sendiri yang makan hati. Tapi anda tidak sedar kenapa anda buat macam tu. Kenapa anda nak bagi dia cemburu dengan anda?

7. Anda percaya padanya. Anda sedia berkongsi apa saja cerita dengannya. Anda juga suka mendengar celotehnya walaupun kadang-kala ceritanya membosankan anda tapi anda tetap sudi melayan karenahnya.

8. Bila family anda sebut pasal jodoh, anda cakap belum ada calon tapi dalam kepala otak anda asyik terbayang-bayang anda bersanding dengan dia.

9. Itu adalah secebis perasaan anda dengan si dia namun apakah makna perasaan tersebut? Nak kata kawan biasa, persoalannya, kenapa anda layan dia dengan layanan yang terbaik?
_________________
"Pertemuan itu satu kebetulan..
Perpisahan adalah satu kepastian.."

Wanita dan Warna

Monday, September 25th, 2006

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna
kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna
dan tafsiran perwatakannya.

MERAH
Berani, emosional, tegas tamak, tahan melarat dan suka bersenang-
senang.

BIRU
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka
berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.
HIJAU
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak,
patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga
kadang-kadang seakan kolot.
HITAM
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah
dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi
cepat tersinggung.
COKELAT
Kaya dengan sifat keibuan, suka merenadh diri, sopan santun, halus
budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.
UNGU
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif,
bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.
KELABU
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan
cerdas dan bijak.
KUNING
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi
cabaran.
PUTIH
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur,
rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa
tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.

Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah, tetapi ia terlalu manis untuk dikenang. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.Andainya hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya… Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa…

Mummy…SEX tu apa?

Monday, September 25th, 2006
Mummy...SEX tu apa? magnify
Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk
tadika
bertanya kepada mummynya.. ‘Mummy, mummy?
sex tu
apa Mi?’..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan
zaman
skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran
lebih terbuka.

Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang
hangat
diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg
sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya
takkan
tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si
ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa
itu
sex dengan perumpamaan antara kumbang dan
bunga,
diikuti dengan pembentukkan bayi dalam
kandungan
dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara
mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah
dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg
bertanya itu..

Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak… Si ibu
kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam
tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan
jawabannya pendek saja ni…seraya meyerahkan
buku
latihan yang tertulis kat depannya (cover)..

NAME:………..
SEX:…………
Class:……….
Subject:……….

ImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImageImage

Tanda2 awal kanser SMS

Monday, September 25th, 2006
Tanda2 awal kanser SMS magnify

Sempena Monday Maniac hari ni…. sms jgn x sms…. 1000 sms utk dihabiskan…. ahaks

Tanda2 awal kanser SMS :

a) SEngal2 d hjng jari
b) Krg minat brckp
c) Taip trlampau laju
d) Kedit cpt hbs
e) Hp sentiasa di tgn
f) Lagi teruk, sengih sorang2
g) tido dgn henset kt tgn
h) pakai towel dgn henset kt pinggan (cam keris)
i) main zero hour sambil makan sampai membulat (haha)

Rahsia wanita

Monday, September 25th, 2006

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang
bersedih, tetapi dia tidakmenitiskan airmata,

itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas
kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia
masa untuk menenangkan hatinya semula
sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci
tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu
ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu
putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan
sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar
dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung
tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti
coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu
tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang
sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu
semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan
tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri
darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia
untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin
menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia
perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.
Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara
termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang
mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood
wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam
diam memberikan respon positif, misalnya
menghubunginya melalui telefon,si gadis akan
bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak
berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,
dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai
sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu
berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi
wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah
mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan
dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan
setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab
dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia
menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang
dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan
sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa
lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling
romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah

rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda
pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang
berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah
dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di
fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang
akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup
menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang
sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik
dengan mereka semata-mata nak tackle kawan
mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur
dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang
cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang
disayanginya mengadakan surprise buatnya
(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan
romantis). Mereka akan rasa terharu dan
merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.
Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang
ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.
So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita
kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan
dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Lawak Kahwin

Monday, September 25th, 2006
Lawak Kahwin magnify
Citer nie pun sebenarnya dah lama berlaku dan
sesungguhnya berlaku di zaman
yg. serba moden nie, (pelik tetapi benar)
sebagaimana yg. diciterkan oleh
Tuan Kodhi, Kuala Selangor bertempat di Surau
Kg. Sungai Sirih Tambahan 2,
Lintang Mawar, 42000 Pelabohan Klang.

Adalah seorang hamba Allah tu nak menghadapi
temuduga Perkahwinan :

Tuan Kodhi : " Kamu nak bernikah ye ? "

Bakal Pengantin Lelaki : " Ye Tuan Kodhi " !!

Tuan Kodhi : " Cuba kamu Istighfar "

Bakal Pengantin Lelaki : ( Tergaru-garu kepala
lalu, berkata ) "
Istighfar tu macam mana Tuan? "

Tuan Kodhi : (sambil menahan marah) "Ala yg.
macam biasa
tu… … , yg. kita baca lepas sembahyang"

Bakal Pengantin Lelaki : ( masih lagi tak dapat
menjawab ) lalu
berkata : macam nie lah Tuan, Tuan baca sikit dan
saya
sambung… … "

Tuan Kodhi : ( dlm. hati berkata, "Melampau betul
budak nie… … )
"Baiklah saya baca sekerat kemudian kamu
sambung ye… ."

Bakal Pengantin Lelaki : " O.K. Tuan "

Tuan Kodhi : " Astaghfirullah Al ‘Azim Allazi… ."
Skrg. kamu
sambung "

Bakal Pengantin Lelaki : " Allazi Yuwas Suwi Supi
Sudu Rinnas,
Minal Jinna Tiwannas.. "

Tuan Kodhi : " Apalah kamu nie, saya suruh
kamu ‘Istighfar’, yg.
kamu baca Surah An-Nas tu buat apa… ? !!!

Nota : Dalami lah ilmu Agama, tak rugi bagi kita
semua
mempelajarinya, tak kira lah bagi yg. nak
ditemuduga
utk. bernikah atau hal-hal yg. lain… ..

CINTA vs SUKA

Monday, September 25th, 2006
CINTA vs SUKA magnify

CINTA vs SUKA
Di hadapan orang yang kita cinta,
hati kita akan berdegup kencang…
Tapi di depan orang yang kita suka,
hati kita akan gembira…

Di depan orang yang kita cinta,
musim sentiasa berbunga-bunga…
Di depan orang yang kita suka,
musim itu cuma berangin sahaja…

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita
cinta,
kita akan kaku…
Tapi jikalau kita melihat ke dalam mata orang
yang
kita suka,
kita akan tersenyum…

Di depan orang yang kita cinta,
lidah kelu untuk berkata-kata…
Di depan orang yang kita suka,
lidah bebas berkata apa sahaja…

Di depan orang yang kita cinta,
kita menjadi malu…
Di depan orang yang kita suka,
kita akan tunjukkan imej yang sebenar…

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita
cinta…
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita
suka…
Bila orang yang kita cinta menangis,
kita akan turut menangis…
Bila orang yang kita suka menangis,
kita akan buat dia gembira…

Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang
yang kita suka…
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata

Setiap orang yang akan mengalami ini dalam
hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama..
siapa yang anda cinta?